Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.
Showing posts with label Tea Time. Show all posts
Showing posts with label Tea Time. Show all posts

Saturday, 14 October 2017

Resepi Kek Pisang Mudah

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak share resepi kek pisang mudah. Memang moist, sedap dan gebu toing toing! Guna blender je. Resepi ni saya ambik dari blog ninamirza.



Bahan-bahan: 

1) 2 cawan tepung gandum*
2) 1 sudu teh baking powder*
3) 1 sudu teh soda bikarbonat*
*ayak dan ketepikan

5) 4 biji pisang berangan**
6) 1 cawan minyak** (saya guna half minyak jagung and half butter yang dicairkan)
7) 1 cawan gula** (saya guna gula perang)
8) 3 biji telur**
9) 1 sudu teh esen vanilla* (saya tambah)
** blend semua

10) 2 biji pisang dihiris untuk hiasan atas kek

Cara-cara:

1) Bahan yang diayak dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah dikisar ke dalam bekas tepung tadi.
2) Kaup balik tepung dan bahan yang dikisar hingga sebati.
3) Alaskan loyang dengan kertas minyak (saya pakai loyang petak saiz 7 inch). Tuangkan adunan dan susun hirisan pisang atas adunan. Bakar pada suhu 170°C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak). Kalau kukus, dalam 45 minit.
4)  Dah sejuk sedia dihidangkan.



Sesuai untuk dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. 
Selamat Mencuba!

Tuesday, 11 November 2014

Resepi Kek Cawan Vanilla

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama giler saya tak update blog. Maklumlah busy sikit dengan bisnes @drsdessert. So sape2 yang duk Kelantan terutamanya area Kota Bharu, berminat nak order cake dengan saya, bolehlah follow @drsdessert. :D Saya juga sibuk nak masuk clinical year dentistry. Banyak have to prepare. Yes and Alhamdullah, I'm already a 4th year dental student. Doa2kan saya supaya dapat finish all the requirements in 2 years time. Amin.

So hari ni saya nak share resepi kek cawan atau cupcake vanilla. Memang sedap wa cakap kat lu. Moist dengan creamy rasa vanilla. SUPER SEDAP!

Resepi ni saya ambik dari blog Azie Kitchen dan saya edit mengikut citarasa saya. Thanks kak Azie for the amazing recipe.


Bahan-bahan:

1) 3/4 cawan butter (170g) - suhu bilik
2) 3 biji telur - suhu bilik
3) 2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
4) 1/2 sudu teh garam
5) 1 3/4 cawan gula kastor (saya guna 1 1/4 cawan sahaja)
6) 3 sk vanilla
7) 1 1/4 cawan susu
8) 2 1/2 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1) Panaskan oven pada suhu 170°C.
2) Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
3) Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur satu per satu sambil terus diputar.
4) Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
5) Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
6) Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk, bolehlah dihidangkan.


Bagi saya, saya suka makan cupcake ni panas2. Ape lagi, tunggu dalam 5 minit sejuk dari oven, terus NGAP! Sedap sangat. Tambah lagi aiskrim vanilla letak atas cupcake. Aiskrim tu akan cair dan blend dengan taste cupcake yang panas. Ok nikmat. :D

Sehingga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum dan selamat mencuba

Wednesday, 14 May 2014

Nutella and Banana Sandwich

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lagi #4hari saya nak exam. Tepu, cuak tapi wish for the best. Doakan kami ya. Hari ni saya nak share simple resipi ala2 banana pie dengan nutella filling. Sedap sangat ni! Tak tipu.


Tapi nak buat ni kowang kena ada sandwich maker macam ni.

ihsan google

Kalau guna toaster, maybe tak jadi. Tapi kowang boleh cuba guna toaster oven yang kecik tu, mana tahu ok kut.

Bahan-bahan:

1) Roti sandwich
2) Nutella
3) Pisang (pilih pisang yang masak dan agak2 manis, baru ngam dengan nutella manis)

Cara-cara:

Sapu roti dengan nutella secukupnya. Potong pisang kecik2. Susun atas roti. Bakar dengan sandwich maker tu. Tunggu sehingga siap!


Tengok tu, sedap sangat makan panas2. Rasa dia ala2 banana pie, tapi with nutella, lagi SEDAP. Pisang tu cam cair tapi tak cair. OOO, sedap sangat. Bolehlah kowang cuba buat untuk breakfast esok.

P/S: To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our instagram >>>  @drsdessert.

Sekian dan assalamualaikum. :D

Friday, 9 May 2014

Resepi Fruit Tart

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang saya tengah stress. Maklumlah preparation untuk exam tinggal around 10 hari lagi. Kecut perut2 bila pikirkannya. Doakan kami ya. Anyway, hari ni saya just nak share resepi fruit tart. Tak susah pun. Resepi ni saya ambik dari abang mat gebu, blog Dapur Tanpa Sempadan.


Bahan-bahan:

Kulit Tart:
1) 150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
2) 25 gram gula aising, diayak
3) 70 gram mentega sejuk dari peti ais, didadu kecil
4) 1 biji telur, dipukul sedikit
5) 1/2 camca teh esen vanilla

Kastard:
1) 1 cawan susu segar
2) 1 1/2 sudu besar tepung kastard
3) 1 1/2 sudu besar gula halus
4) 1 sudu teh esen vanilla
5) 1 sudu besar mentega

Bahan2 lain
1) Buah strawberry segar secukupnya

Cara-cara:

1) UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 25 minit. Sapukan sedikit putih telur pada dasarnya. Tujuannya bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah segar. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.


2) UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

3) UNTUK FRESH FRUIT TART:- Buah strawberry dipotong 2 atau mengikut saiz kulit tart, Ambil satu kulit tart kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry di atasnya. Sejukkan dalam peti ais dan bolehlah hidangkan.


Fresh fruit tart ni sesuai untuk majlis formal atau santai.
Sekian sahaja untuk kali ini.

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

Assalamualaikum and have a nice day. :D

Monday, 28 April 2014

Resepi Cream Cracker Lapis Nutella

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini, saya nak share resepi cream cracker lapis nutella. Nyum2, rasa asli chocolate nutella memang sedap tambah2 kalau dimasukkan dalam dessert. Resepi ni inspired oleh cheesekut yang sedang menjadi fenomena sekarang.



Bahan-bahan:

1) Biskut cream cracker (any brand pun boleh)
2) Susu segar
3) Nutella
4) Nestum
5) Whipping cream diputar stiff peak



Cara-cara:

1) Celup biskut dengan susu segar hingga agak lembut. Masukkan dalam bekas yang sesuai.
2) Lapisan: 1) Whipping cream+nestum 2) Whipping cream+nutella 3) Whipping cream+nestum
3) Di antara setiap lapisan, letak biskut yang telah dicelup susu segar.
4) Buat sampai habis. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.


Sangat sesuai dijadikan tea time. Ok sekian sahaja untuk kali ini dan assalamualaikum.

Thursday, 24 April 2014

Resepi Congo Bars

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini, saya nak share resipi congo bars. Sedap dan SIMPLE. Congo bars ni menjadi antara hot product among home baker. Congo bars ni cam crunchy outside and lembut di dalamnya.


Bahan-bahan:

1) 125g mentega
2) 225g gula perang
3) 3 biji telur
4) 1 sudu teh esen vanilla
5) 300g tepung gandum
6) 2 sudu teh serbuk penaik
7) 225g chocolate chips (simpan sikit untuk tabur sebelum bakar)

Cara-cara:

1) Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Ketepikan. Panaskan oven ke 170°C
2) Putar mentega dan gula perang hingga creamy.
3) Masukkan telur 1 persatu, dan putar hingga sebati.
4) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
5) Masukkan chocolate chips ke dalam adunan dan kaup balikkan adunan dengan spatula hingga sebati. (sebab tak guna mixer, nak bagi chocolate chips still intact)
6) Masukkan adunan ke atas tin pembakar segi empat 10inchx10inch yang telah dialas dengan kertas pembakar.
7) Ratakan adunan dan tabur chocolate chips yang disimpan tadi.
8) Bakar untuk 30 minit atau sehingga masak. (cucuk lidi, keluar bersih)
9) Sejukkan sebelum dipotong.


Bila dah potong, simpan bars ni dalam bekas kedap udara.
Congo bars sesuai dihidangkan untuk tea time. Untuk yang nak bawak kek pi party, congo bars ni sesuai sebab senang dan cepat. Masa penyediaan pun dalam 40-45minit sajo.
Jemput makan!
Oklah sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum.

Friday, 18 April 2014

Resepi Pavlova

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari Jumaat yang mulia ini saya nak share resipi strawberry pavlova. Pavlova ni memang manis, so that's why on the top kita letak buah2 yang agak masam seperti strawberry, kiwi, or blueberry. Resepi pavlova ni saya ambik dari blog Masam Manis. Credit to kak azlita. Before ni, saya pernah share resipi pavlova kat sini  tapi saya lagi prefer resipi ni. Bahan dia ada beza ckit ajer.


Bahan-bahan:

Meringue pavlova:

1) 4 biji putih telur
2) 1 cawan gula castor - saya letak 1/2 cawan jer, tu pun still manis
3) 1 sudu besar tepung jagung
4) 1 sudu teh esen vanila
5) 1 sudu teh cuka

Topping:

1) 250ml whipping cream diputar stiff peak
2) Strawberry (any buah2 yang masam yang kowang suka, letak ajer)
3) Chocolate chips


Strawberry ni saya beli yang Korea strawberry, Rm12.90 1 paket. Tak masam sangat and agak manis compared to others.

Cara-cara:

1) Sediakan tin pembakar leper. Alas tin dengan baking paper.
2) Lorek atas baking paper bulatan berdiameter 8inch, sebagai guide bila letak pavlova.
3) Panaskan oven dengan api bawah 170°C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100°C. Study betul2 oven kowang. Kalau tak, pavlova will turn brown ckit macam saya. Hehe. Tapi rasa excellent. Ok angkat bakul sendiri.
4) Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
5) Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental dan nampak glossy.
6) Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil. Kacau rata hingga semua bahan larut.
7) Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata guna spatula dengan kaedah kaup balik.
8) Letakkan adunan atas baking paper yang telah dibuat bulatan tadi ratakan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
9) Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
10) Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.


11) Bila dah sejuk, bolehlah hiaskan pavlova dengan whipping cream, strawberry, dan chocolote chips.


Pavlova ni sedap dihidangkan sejuk dari peti ais. Makan sejuk2 dan strawberry burst dalam mulut akan menstabilkan rasa manis pavlova. Tehee.


Sekian sahaja untuk kali ni. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

Thursday, 17 April 2014

Resepi Sandwich Tuna

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, saya nak share resepi sandwich tuna. Senang ajer. Sebelum ni selalu beli tuna yang dah siap, tapi kali ni buat sendiri. Ternyata lagi fresh (level makanan tin ye) dan sedap. Kita boleh alter ikut suka kita. Kalau yang dah siap tu, nothing much to do.


Bahan-bahan:

1) 1 tin tuna

Ni tuna yang saya guna

2) 1 labu bawang besar saiz sederhana
3) 1/2 lada hijau/merah
4) 3 sudu besar mayonis
5) sedikit perahan asam limau nipis
6) roti sandwich
7) butter atau majerin
8) Daun salad
9) Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:

1) Tapis buang air dalam tuna, tinggalkan isi jer. Lenyekkan tuna.


2) Potong bawang besar dan lada hijau kecik2. Masukkannya dalam tuna tadi. Masukkan juga mayonis, sedikit serbuk lada hitam dan sedikit perahan asam limau nipis untuk menghilangkan rasa hanyir tuna. Gaul semua sebati.
3) Sapu majerin pada roti, sapu tuna dan letak daun salad. Siap, boleh dihidangkan.


Sandwich tuna sesuai dihidangkan sebagai sarapan, tea time, birthday party or even dinner. Dietlah katakan. Ok, sekarang nak masuk dapur buat pavlova. Hehe. Ok, selamat mencuba dan assalamualaikum.

Thursday, 10 April 2014

Resepi Inti Roti Tortilla

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sorry for the delay guys. Like I promised in previous entry, I would like to share recipe of simple filling of the tortilla. Resipi ni simple ajer. Bahan asasnya daging burger. Actually saya dah share sebelum ni dalam entry Roti Pita


Bahab-bahan:

1) Daging burger ayam atau daging- I prefer brand Ramly
2) Bawang putih
3) Bawang besar
4) Timun
5) Tomato
6) Sos cili
7) Sos tomato
8) Sedikit minyak untuk menumis
9) Sedikit garam
10) Sedikit air
11) Roti tortilla (Boleh click sini untuk resepi homemade roti tortilla)
12) Salad yang sesuai
13) Mayonis

*1+2+3+4+5 semuanya dipotong dadu
*Bahan-bahan ni, I cannot give you specific amount cause I also main letak ikut sedap rasa. Tapi InsyaAllah akan jadi! Tak yah risau.


Cara-cara:-

1) Panaskan sedikit minyak. (sikit jer sebab nanti bila dah masukkan daging burger akan keluar minyaknya)
2) Tumiskan bawang putih dan seterusnya masukkan bawang besar.
3) Masukkan daging burger.
4) Agak-agak daging dah nak masak, masukkan timun dan tomato.
5) Masukkan sedikit air, sos cili, sos tomato, dan garam secukup rasa.
6) Biar untuk seketika sehingga air kering dan bolehlah diisi ke dalam roti tortilla.
7) CARA WRAP ROTI TORTILLA: Sapu sedikit mayonis dan sos cili. Letakkan inti dan salad, wrap dan ngap!

Mudah jer kan? Sedap pulak tuh. *Type sambil ngap roti tortilla* Ok kidding.


Nanti next entri saya akan kongsikan resepi chicken popcorn yang juga sesuai dihidangkan bersama roti tortilla dan ala2 KFC jadinya.

Sekian sahaja kali ini dan assalamualaikum.

Saturday, 5 April 2014

Resepi Raisin Scones

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kowang pernah tak makan scones? Scones ni ala2 biskut and ala2 kek. Dia cam crunchy sikit outside, tapi dalamnya lembut. Sedap makan panas2 dan sesuai dibuat breakfast or tea time. This is my first time making scones. Alhamdulillah, ok jugak. Resepinya saya ambik dari sini. Thanks to akak delima zamrud.


Bahan-bahan:-

1) 3 cawan tepung naik sendiri
2) 70g butter ( bekukan dlm freezer 15 minit )
3) 3/4 cawan susu segar
4) 1 biji telur ( pukul dan bahagikan 2 bahagian agak2 je )
5) 1/4 cawan gula
6) 1/3 cawan raisin (kismis)
7) 1 sudu kecil esen vanila
8) Secubit garam

*Raisin boleh diganti dengan cranberry kering kalau nak buat cranberry scones or boleh jugak diletak kedua-duanya sekali.

Cara-cara:

1) Panaskan oven 180°C.

2) Sagat kasar butter. Kalau xde grater, boleh jugak kowang potong kiub kecil2. Sejukkan sekejap dalam peti ais selama 5 minit. Tujuan nak sejukkan balik butter tu untuk menjadikan scones tu testur dia ringan. Selepas 5 minit satukan tepung dan juga butter.

3) Ramas butter dan tepung dengan hujung jari sampai rupanya seperti serbuk roti. Kemudian,masukkan raisin. Gaul2 supaya raisin tu bersalut dengan tepung. Masukkan sebentar ke dalam peti ais.

4) Dalam bekas lain, satukan susu, 1/2 telur, garam, gula dan juga esen vanilla, pukul sebati sampai gula hancur. Keluarkan tepung tadi dan tuang campuran susu ke dalam tepung sedikit demi sedikit, tuang sekadar semua adunan bersatu.

5) Uli sedikit, adunan hendaklah tak terlalu keras/lembut dan doh boleh dibentuk bulat.
6) Canaikan adunan dan tekap dengan acuan yang sesuai. Gelas boleh digunakan.
7) Susun atas tin pembakar. Jarakkan sedikit dan sapu telur di pemukaannya.
8) Bakar selama 20-25minit atau sehingga masak. Scones akan menjadi kuning keemasan bila masak.


Scones ni boleh dihidangkan panas2. Lagi umpph. Sekian sahaja, selamat berhujung minggu, selamat mencuba, bon appetit dan assalamualaikum.

Thursday, 27 March 2014

Resepi Kek Lapis Kastard Pandan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak reshare resepi kek pandan layer ataupun kek lapis kastard pandan. Kek ini memang seakan2 kuih talam tapi sedap lemak berkrim. Before ni, saya dah pernah share resipi ni kat sini.


Bahan-bahan untuk kek:

1) 5 biji telur
2) 125g gula
3) 125g tepung gandum*
4) 1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
5) 75ml minyak masak
6) 15g ovalette
7) 4oml air daun pandan + pewarna hijau

Bahan-bahan untuk kastard:-

Bahan A:

1) 500ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
2) 180g gula
3) 1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan B:

1) 400ml santan pekat
2) 85g tepung Hoen Kwee hijau
3) 1 sudu teh pewarna hijau
4) 1/8 sudu teh garam halus

Cara-cara:

1) Satukan telur, ovalette, dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga air daun pandan dan sedikit pewarna. Gaul rata.

2) Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Masukkan ke dalam loyang yang sesuai yang digris dengan butter. Bakar pada suhu 175°C selama 50 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, biarkan sejuk.

3) Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api sederhana hingga mendidih.

4) Dalam mangkuk lain, satukan bahan B, gaul hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan adunan ini ke dalam adunan B, kacau hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.

5) Potong kek yang telah sejuk kepada 3 bahagian. Lapiskan kek dengan kastard pandan hingga habis. SIAP! =D


Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kalau suka, boleh taburkan serbuk kelapa parut kering.


Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum. :D

Saturday, 15 March 2014

Sandwich Sardin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

MH370 masih lagi misteri. Teruskan doa dan berharaplah kepada-Nya. #PrayforMH370

Kali ni saya nak share tentang sandwich sardin. Hehe. Memang simple jer. Just share so that boleh bagi idea untuk breakfast kowang. :D


Bahan-bahan:

1) 1 tin sardin
2) 1 labu bawang besar
3) Sedikit perahan limau nipis
4) roti sandwich
5) Mayonis/majerin
6) Salad

Cara-cara:

1) Potong dadu bawang besar. Gaul sardin, bawang besar dan perahan limau nipis (untuk hilangkan hanyir sardin).
2) Sapu mayonis atau majerin pada roti. Sapu sardin, letakkan salad, SIAP untuk dingap!


Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum. :D

Friday, 7 March 2014

Resepi makaroni bakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu lagi pada hari Jumaat yang mulia ini. Banyakkan doa dan ibadah kepada-Nya untuk terus diberkati dan mendapat keredhaan-Nya. InsyaAllah.

Hari ni saya nak share resipi makaroni bakar. Actually this's my 2nd time baking macaroni. But my 1st time was fail. Hehe, macaroni cam tak stick to each other. Tapi rasa OK jer. But this time I used different recipe which was from nennie kuzaifah. Boleh click sini untuk ke blog beliau. Resepi ni ada saya adjust sikit.


Bahan-bahan:-

1) 300g makaroni
2) 1 biji bawang besar- dicincang
3) 3 ulas bawang putih - dicincang
4) 1 tin sos bolognese - Prego
5) 1 1/2 cawan susu full cream (dalam kotak)
6) 1/2 cawan keju cheddar
7) 4 keping daging burger ayam Ramli- dicincang
8) 2 biji telur
9) 2 sudu besar mentega
10) Garam secukup rasa
11) 1 sudu besar minyak masak
12) Keju cheddar untuk ditabur atas macaroni (Kalau ada keju mozarella lagi best)

*susu dan ditelur boleh ditambah jika dilihat tak padan dengan makaroni

Cara-cara:-

1) Rebus makaroni sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan sekejap. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sehingga wangi. Masukkan daging burger ayam yang dicincang dan kacau sehingga daging ayam masak kemudian masukkan sos bolognese Prego serta terus kacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan makaroni tadi dan gaul dengan kuah sos. Masukkan telur serta susu serta kacau dengan cepat supaya telur cepat sebati dengan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan 1/2 cawan keju cheddar dan kacau lagi. Jika kurang masin, baru lah ditambah garam.

3) Tuang semua bahan tadi ke dalam tin pembakar yang sesuai. Tekan2 makaroni supaya padat dan melekat. Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 175°C selama 40 minit atau sehingga masak. Masak boleh ditentukan bila keju nampak garing keperang-perangan.

Sebelum dibakar dan ditabur cheese. :D

Setelah masak, biarlah makaroni sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong. Kalau tak, kemungkinan untuk makaroni bercerai-berai bertalak2 adalah agak tinggi. Hehe. Makaroni sesuai jugak dijadikan dinner. Kenyang sebab semuanya ada.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

Thursday, 6 March 2014

Resepi Chicken and Cheese Sandwich

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Hari saya nak share resipi sandwich yang sedap!


Bahan-bahan:-

1) 2 keping roti sandwich
2) 1 keping chicken slice
3) 1 keping cheese slice
4) sedikit mayonis

Cara-cara:-

1) Sapu roti dengan sedikit mayonis.
2) Letakkan chicken slice dan cheese slice di antara 2 roti tersebut. Bakar di dalam toaster sehingga garing. Boleh dihidang. :D


Selamat mencuba resepi bujang ini. :D

Tuesday, 4 March 2014

Resepi Mini Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasa hari sekarang makin cepat berlalu. Maybe dah nak dekat dengan exam besar untuk masuk clinical years. Doakan saya supaya terus kuat, sihat dan tenang untuk menyiapkan diri menghadapi exam2 ni. :D

Hari ni saya share resipi mini muffin. Saya ambik dari sini. Credit to mat gebu. Saya suka resipi ni sebab menggunakan gula perang. So it'll be less sweet.


Bahan-bahan:

1) 125 gram mentega
2) 3 biji telur
3) 120 gram gula perang @ soft brown sugar
4) 200 ml susu segar
5) 360 gram tepung gandum*
6) 15 gram baking powder*
7) Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata)
8) 1 sudu teh esen vanilla
9) Jem raspberry/strawberry secukupnya


1) Panaskan oven pada suhu 170°C, alas tin muffin paper cup. Ketepikan. Sementara itu, tepung dimasukkan ke dalam mangkuk besar, buat lubang di tengah2 tepung tadi.
2) Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega, gula perang, susu, telur, esen vanilla dan garam, putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
3) Kemudian tuang ke dalam tepung tadi, gaul hingga sebati, tapi jangan gaul lama sangat. Cukup semua bahan sebati dan mesra. Isi adunan dalam bekas muffin tadi, sudu kan jem raspberry secukupnya.
4) Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan muffin dan sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.


Selamat mencuba dan semoga terus mendapat keredhaan dari-Nya. Assalamualaikum.

Saturday, 1 March 2014

Resepi Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum and salam sejahtera semua.

Victoria sandwich cake sebenarnya kek butter dilapis dengan jem berries seperti strawberry or rasberry. Tapi dengan sedikit olahan, people try to put also whipping cream in between the cake layers and it give creamy taste beside sour taste of the berries. This victoria sandwich cake is indeed looks elegant and rich.

Cara nak buat pun mudah. Resepi ni saya ambik dari sini. Credit to kak paty.


Bahan-bahan:-

1) 200g mentega
2) 200g tepung naik sendiri
3) 200g gula kastor
4) 4 biji telur
5) 1 sudu teh esen vanilla
6) 2 sudu besar susu segar
7) Jem strawberry/rasberry
8) Whipping cream secukupnya (kalau takde, pun takpe)

Saya guna brand smucker's- sedap as it's sugar free. :D
Cara-cara:-

1) Panaskan oven suhu 170°C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yang disapu sedikit butter dan dilapik dengan kertas minyak.
2) Putar butter dan gula kastor hingga kembang dan gebu.
3) Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan dan selepas itu, masukkan esen vanila dan susu segar.
4) Masukkan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
5) Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 25minit atau sehingga masak.


6) Sejukkan kek. Setelah sejuk, sapu whipping cream dan jem di atas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek. Kemudian tabur di atas kek dengan sedikit gula castor untuk finishing.




Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum

Kongsi Resepi