Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday 2 May 2014

Resepi Nutella Tart

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih tak terlambat untuk saya mengucapkan selamat Hari Pekerja. InsyaAllah, moga sentiasa menjadi pekerja yang lebih baik dari masa ke masa. Hari cuti ni saya nak share resepi nutella tart. Tapi saya buat bentuknya ala-ala nutella pod yang menjadi bualan sekarang tu. Anyone know sape yang jual nutella pod in kelantan? Boleh cuba beli.

Crust nutella tart/pod ini saya ambik dari blog mat gebu. Fillingnya of course nutella yang sedap itu semata-mata. Takdak bahan lain dah. So senang sangat nutella tart/pod ni.


Bahan-bahan crust

1) 150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
2) 25 gram gula aising, diayak
3) 70 gram mentega sejuk dari peti sejuk, didadu kecil
4) 1 biji telur, dipukul sedikit
5) 1/2 camca teh esen vanilla
6) Nutella


Cara-cara:

1) Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja.
1) Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap.
3) Untuk membuat shape seakan-akan nutella pod, kowang kena ada muffin tray preferable yang kecik jer. Ambil doh tadi tekan dalam acuan muffin dan bentukkan mengikut nutella pod dan kemaskan. Kalau takde, boleh guna acuan tart yang biasa.
4) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
5) Untuk filling, kalau nak senang masukkan nutella dalam piping bag dan pipekan filling ke atas crust tart/pod yang dah sejuk. Kalau takde, guna sudu teh pun boleh.


To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.
Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat bertart dan assalamualaikum.

1 comment:

Kongsi Resepi