Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Friday 10 August 2012

Simplest Durian Cake

Assalamualaikum and hello there!

Today, saya nak share simplest durian cake recipe! Sedap, moist2 ckit and mantap! Hahaha. Actually dah lama nak buat kek ni tapi hajat tak kesampaian sebab susah nak cari isi yang betul2 sedap, durian mahal and bukan musimnya. However, last 2 weeks, since sekarang musim durian, ramai yang bagi durian kat rumah nenek ni. Murah rezeki. Isinya manis-manis dan sedap. So, ape lagi, saya pun decide lah nak buat kek durian ni.

Kek durian ni tak susah pun. Simple jer. Boleh buat untuk juadah berbuka dan juga ketika hari raya.


Nyum!

Sedap sangat kek ni sebab saya ni memang penggemar durian yang TEGAR! =D

Bahan-bahannya:-

1) 1 1/2 cawan tepung naik sendiri-self rising flour (kalau guna tepung biasa, ayak dgn 1 sudu teh baking powder)
2) 1/2 cawan gula pasir (Boleh tambah kalau nak manis)
3) 1 biji telur
4) 3/4 cawan bancuhan 6 ulas durian + susu segar
5) 1/3 sudu teh garam
6) 3/4 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
7) 1/2 sudu teh soda bicarbonate

Cara-caranya:-

1) Putar telur, gula, garam & bancuhan durian hingga gula hancur.
2) Masukkan minyak dan soda bicarbonate.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
4) Griskan loyang dengan butter dan masukkan adunan kek.
5) Bakar pada suhu 165°C selama lebih kurang 35 minit atau sehingga kek masak.

Resepi ini saya ambik kat MyResipi dan saya olah sedikit mengikut citarasa saya. Credit to KakBesah yang share resipi kat situ. =D

Sekian sahaja untuk kali ini. Manfaatkanlah fasa ke3 bulan Ramadhan- pembebasan api neraka dengan memperbanyak amalan-amalan sunat sebagai topup untuk amalan wajib dan untuk mendapat manfaat lailatul qadar. Assalamualaikum.

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Kongsi Resepi