Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Sunday, 14 April 2013

Banana Chocolate Cake

Assalamualaikum and happy sunday guys.

Today, I want to share with you recipe of banana chocolate cake. Memang sedap tambah2 dimakan sejuk dari peti ais. Terangkat wa cakap lu. Hehe. Resepi credit to DrIntan.

Bahan-bahan:-

1) 2 cawan gula (400gm)
2) 1 3/4 cawan tepung (245gm)
3) 3/4 cawan serbuk koko (75gm)
4) 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
5) 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
6) 1/2 sudu teh garam
7) 2 biji telur
8) 2 biji pisang besar (1 cawan pisang yang sudah dilenyek)
9) 1 cawan air suam/panas (240ml)
10) 1 sudu teh esen vanilla
11) 1/2 cawan susu segar (120ml)
12) 1/2 cawan minyak (120ml)

Cara-cara:-

1) Ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.

2) Lenyek pisang dalam satu mangkuk, kemudian campurkan gula dan kacau sampai sebati.

3) Dalam satu bekas lain, pukul 2 biji telur sampai kembang. Kemudian campurkan pisang yang dah dilenyek, minyak, susu segar, esen vanilla dan air suam/panas. Kacau sampai sebati menggunakan senduk.

4) Dalam satu bekas lain, kacau bahan-bahan yang diayak sampai sebati.

5) Buat lubang di tengah-tengah bahan kering, tuangkan bahan-bahan basah tadi ke dalam bekas berisi bahan kering. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk supaya sebati dan tak berketul-ketul.

6) Sapukan minyak/butter pada permukaan loyang dan tuangkan bahan-bahan tadi. Masukkan ke dalam oven pada suhu 175°C selama 35-40 minit.

Done! Kek belum pakai baju. O.O
Untuk topping, saya guna resepi ini.





Jemput makan!
Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba and assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Kongsi Resepi