Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Thursday 30 January 2014

Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First of all, Salam Dunia just would like to wish "Happy Chinese New Year" to everyone. May good luck and good fortune always be with you.


Merah sangat sinonim dengan kaum Cina dan dikatakan warna merah memberi tuah. Ape yang terlintas kat fikiran saya if ask about suitable dessert to be served during Chinese New Year, my answer would be Red Velvet Cake. But today, I want to make a little difference which is I'm going to make red velvet cupcake. Resepinya tak susah pun. :D This red velvet cupcakes are layered with cheese on the top.

Bahan-bahan cupcake:-

1) 250g tepung gandum
2) 1/2 sudu teh garam
3) 2 sudu besar (15g) serbuk koko
4) 1/2 cup (113g) unsalted butter
5) 230g gula kastor
6) 2 biji telur
7) 1 sudu teh esen vanilla
8) 1 cup (240ml) buttermilk
9) 2 sudu besar pewarna merah
10) 2 sudu teh cuka
11) 1 sudu teh baking soda

*kalau takde buttermilk, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice. Biarkan selama 5-10 minit.

Bahan-bahan lapisan cheese:-

1) 250g cream cheese
2) 80g gula aising
3) 80g tepung gandum
4) 2 biji telur
5) 40ml air
6) 1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara:-

1) Ayak serbuk koko, tepung, baking powder dan garam dalam satu bekas dan kacau.

2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.

3) Dalam bekas lain, mix kan butter dengan gula dan pukul sampai sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang. Masukkan esen vanilla, mix.

4) Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. Masukkan tepung, mix, then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 2 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah dimix tadi ok! Kemudian terus masukkan cawan cupcake. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. (Preheat oven 175°C)

6) Sementara tunggu cupcake masak, pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air dan esen vanilla.

7) Bila cupcakes dah masak, masukkan pula adunan cheese ke atasnya.

8) Kali ini, bakar dengan cara water bath pada suhu 160°C dengan menggunakan api bawah sahaja selama 15-20 minit atau sehingga masak.


Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Kongsi Resepi