Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jadi tengah hari nanti nak masak ape? Apa kata hari ni kita buat kerabu mangga. Memang sedap.
Bahan-bahan:
1) 5 biji mangga yang kecik2 tu. (kalau kat kelate, kami panggil pauh ringan > boleh tengok kat sini rupa mangga tu. kalau takde, boleh diganti dengan mangga yang dirasakan sesuai)
2) 1 biji tomato
3) 1 biji bawang besar
4) 5 sudu besar ikan bilis
5) 1-2 cili padi
6) Sedikit perahan limau nipis
7) Sedikit sos ikan
8) Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara:
1) Basuh, goreng dan tumbuk ikan bilis.
2) Potong halus mangga, tomato, cili padi, dan bawang besar.
3) Masukkan kesemua bahan2 ke dalam satu mangkuk dan kacau hingga sebati.
Sedapnya! Hehe. Sekian sahaja untuk kali ini. Moga kita bersua lagi dan assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment