Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Wednesday 5 September 2012

Cheapest Chocolate Cake Topping

Assalamualaikum and hi guys.

Ada yang bertanya saya resepi topping kek coklat. So, kali ini saya nak share resepi topping kek coklat kek yang paling murah dan senang tapi yang penting SEDAP! So lepas ni dah tak payah beli cooking chocolate yang agak mahal. =D

Bahan-bahan:-

1) 1/4 cawan serbuk koko
2) 3 sudu besar tepung jagung
3) 1/2 cawan gula (boleh diadjust ikut citarasa sendiri)
4) 1 1/4 cawan susu segar (boleh juga air ditambah susu pekat manis- pun SEDAP, dah try)
5) 1 sudu besar majerin

Cara-cara:-

1) Kacau kesemua bahan 1-4 dan masak di atas api perlahan. Selalu kacau bagi mengelakkan topping berketul-ketul.
2) Bila dah likat dan masak, masukkan majerin, kacau sekejap dan SIAP! Bolehlah digunakan untuk menjadi topping kek coklat.

Meleleh tak? =P

Untuk resepi kek coklat, boleh tengok kat sini.

Sekian sahaja untuk kali ini dan Selamat Mencuba! Assalamualaikum and have a nice day. =D


p/s: Sape2 yang suka membeli-belah di ZALORA, bolehlah guna code ni, ZBAP1An semasa nak check out buat payment untuk dapatkan 15% discount. SELAMAT BERSHOPPING!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

"Orang yg memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (HR Baihaqi)

5 comments:

  1. tq for sharing :) my mum biasa buat kek coklat kukus, bila kami suruh letak topping, dia memang tak mau buatkan...finally..i'll try later >_<"

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Salam ziarah...Kak Ros dah follow kat sini he.he..
    Ni link Kak Ros http://rozisalehin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Apa tujuan letak tepung jagung tu ye. hehehe.. Klo tak letak boleh tak?

    ReplyDelete

Kongsi Resepi