Dr's Dessert

Dr's Dessert
Follow our instagram @drsdessert. Base in Kota Bharu, Kelantan. msg/whatsapp 019-4424904 untuk order.

Sunday 26 August 2012

Red Velvet Untuk Raya

Assalamualaikum and hi guys.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua. 0-0 ya andai ada entri saya menyinggung perasaan. By the way, for 1st Syawal yang lalu, I made Red Velvet. Nak bagi kelainan sikit raya tahun ni. Biasa duk buat kek coklat kukus jer. Bagi happening dan ceria sikit dengan merah kek red velvet.

Mengancam tak? =P

Untuk resepi, saya guna jer resipi yang biasa saya guna. Semua cakap ok dan lulus untuk jual. Boleh bukak bisnes ni! Hehehe. Resipi credit to Dr Intan.

Bahan-bahan:-

1) 250gm tepung gandum
2) 1/2 sudu teh garam
3) 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
4) 1/2 cup (113gm) unsalted butter
5) 230gm gula
6) 2 biji telur
7) 1 sudu teh esen vanilla
8) 1 cup ( 240ml) buttermilk
9) 2 sudu besar pewarna merah
10) 1 sudu teh cuka
11) 1 sudu teh baking soda

kalau takde buttermilk, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice. Biarkan selama 5-10 minit.

Cara-cara:-

1) Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.

2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.

3) Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.

4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. Masukkan tepung, mix, then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit. (Preheat oven 175°C)

6) Bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile.

Siap dibakar! Bersedia untuk frosting

Saya siap-siap bahagikan kek kepada 3 adunan sebelum bakar so that after bakar, saya tak perlu potong kepada 3 lapisan. =D

Untuk frosting kali ini, saya pilih untuk buat traditional vanilla frosting. SEDAP dan CREAMY!

Bahan-bahan frosting:-

1) 7sb tepung
2) 2 cawan susu segar
3) 2 cawan unsalted butter
4) 2 cawan gula aising (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
5) 2sth esen vanilla

Cara-cara:-

1) Dalam periuk, masukkan tepung dan susu dan sentiasa kacau sehingga menjadi likat dan berbuih lebih kurang 10-15 minit. Kerap kacau supaya tak berketul2. Better guna whisk.

2) Dalam mangkuk lain pukul butter sehingga berkrim dan masukkan gula aising pukul sehingga fluffy (kembang). masukkan esen vanilla. Kemudian, masukkan adunan susu dan tepung yang telah sejuk tadi, pukul sehingga putih dan lembut. Walaupun kelihatan seperti adunan butter dan susu seperti berpecah, jgn risau pukul lagi.

In the Making!

Hias kek mengikut citarasa anda. Untuk saya, ini hasilnya =D:-


Nyum nyum!

To those staying in Kota Bharu and nak order cake dari SALAM DUNIA, dialu-alukan untuk follow our ig >>>  @drsdessert.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Semoga berjumpa lagi dan selamat mencuba. Assalamualaikum.
"Sungguh Allah wajibkan kamu berlaku ihsan (baik) dalam segala hal." (HR. Muslim)

6 comments:

  1. 1/2 sudu teh garam tu letak mane?

    ReplyDelete
  2. boleh masukkan sekali dengan esen vanilla. =D

    ReplyDelete
  3. salam..

    hurm...sedap..baru je buat 2 biji red velvet cake tadi... yg pertma sedap,.,. yg kedua kurg sikit sbb lupa letak garam... garam pun main peranan... bila tak letak garam.. rasa dh tak lemak berbanding kek pertama

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      yup. garam bagi balance sikit. thanks sebab cuba.. :D

      Delete
  4. kalau nak bakar pakai api mcmane ye? atas bawah or bawah je? mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. guna api atas bawah. and kalu boleh tray pembakar tu kat tengah2 oven. so evenly cooked.

      Delete

Kongsi Resepi