Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari Jumaat yang mulia ini saya nak share resipi strawberry pavlova. Pavlova ni memang manis, so that's why on the top kita letak buah2 yang agak masam seperti strawberry, kiwi, or blueberry. Resepi pavlova ni saya ambik dari blog Masam Manis. Credit to kak azlita. Before ni, saya pernah share resipi pavlova kat sini tapi saya lagi prefer resipi ni. Bahan dia ada beza ckit ajer.
Bahan-bahan:
Meringue pavlova:
1) 4 biji putih telur
2) 1 cawan gula castor - saya letak 1/2 cawan jer, tu pun still manis
3) 1 sudu besar tepung jagung
4) 1 sudu teh esen vanila
5) 1 sudu teh cuka
Topping:
1) 250ml whipping cream diputar stiff peak
2) Strawberry (any buah2 yang masam yang kowang suka, letak ajer)
3) Chocolate chips
Strawberry ni saya beli yang Korea strawberry, Rm12.90 1 paket. Tak masam sangat and agak manis compared to others.
Cara-cara:
1) Sediakan tin pembakar leper. Alas tin dengan baking paper.
2) Lorek atas baking paper bulatan berdiameter 8inch, sebagai guide bila letak pavlova.
3) Panaskan oven dengan api bawah 170°C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100°C. Study betul2 oven kowang. Kalau tak, pavlova will turn brown ckit macam saya. Hehe. Tapi rasa excellent. Ok angkat bakul sendiri.
4) Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
5) Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental dan nampak glossy.
6) Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil. Kacau rata hingga semua bahan larut.
7) Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata guna spatula dengan kaedah kaup balik.
8) Letakkan adunan atas baking paper yang telah dibuat bulatan tadi ratakan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
9) Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
10) Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.
11) Bila dah sejuk, bolehlah hiaskan pavlova dengan whipping cream, strawberry, dan chocolote chips.
Pavlova ni sedap dihidangkan sejuk dari peti ais. Makan sejuk2 dan strawberry burst dalam mulut akan menstabilkan rasa manis pavlova. Tehee.
Sekian sahaja untuk kali ni. Selamat mencuba dan assalamualaikum.
wahhh. pavlova diaaa. menggoda sungguhh
ReplyDeletebiasa2 sajo ABM. bolehlah try nanti. Maybe strawberry membuatkan pavlova itu menggoda memanggil2.hehe.
Delete