Assalamuaikum dan salam sejahtera.
Hari ni saya nak share acar timun simple, mudah, wangi dan sedap. Wanginya datang dari hirisan sedikit daun ketumbar. Acar ini sangat segar kerana menggunakan bahan asas yang segar.
Bahan-bahan:
1) Timun
2) Tomato
3) Daun ketumbar
4) Perahan lemon
5) Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
Timun dan tomato dihiris dadu. Daun ketumbar dihiris halus. Gaul semua sekali. Perah lemon dan tambah gula serta garam dan kacau hingga sebati.
Jadi semuanya based on kowang punya palate. If every ingredients are put correctly, the taste will be great enough. Bukan sahaja sesuai untuk dimakan dengan nasi, salad ni or acar ini sesuai dimakan dengan roti dan daging burger. Makan sahaja pun boleh. Tomato sangat bagus sebagai antioxidant. So, ape tunggu lagi? Masuk dapur and buat acar or salad timun ni. :D Assalamualaikum dan salam sejahtera.
No comments:
Post a Comment