Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Harap2 semuanya baik. :D Hari ni saya nak share resipi roti tortilla. Actually, ada jual yang ready made tapi kalau buat sendiri, lagi fresh and perhaps sedap. :P
Bahan nak buat SIMPLE and cara nak buat pun SENANG. Resepi ni saya ambik dari sini.
Bahan-bahan:-
1) 2 cawan tepung gandum
2) 3/4 sudu kecil serbuk penaik
3) 1/2 sudu kecil garam (boleh kurangkan)
4) 3 sudu besar minyak masak
5) 3/4 cawan air panas (mendidih)
Cara-cara:-
1) Gaul rata tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Masukkan minyak masak dan kacau hingga tepung jadi bergentil-gentil.
2) Tuang air panas sedikit demi sedikit dan kacau. Uli doh sehingga menjadi lembut dan permukaan menjadi licin.
3) Rehatkan doh dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab selama 15-30minit.
4) Bahagikan kepada 9-12 bebola. Canaikan sehingga menjadi bulat nipis. Pastikan suhu pan pembakar betul2 panas. Bakar roti tortilla selama lebih kurang 1 minit untuk satu permukaan SAHAJA.
InsyaAllah next entri saya akan share cam maner nak buat inti roti tortilla ini. Tortilla sesuai dijadikan bukan sahaja sebagai snack tapi mampu mengantikan nasi. :D Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba dan assalamualaikum.
da try & terima kasih utk resepi ni..mohon share ea.
ReplyDeletehttp://bysheilazahari.blogspot.jp/2014/10/roti-tortilla.html
C nP
ReplyDelete