Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jarang sekali dapat makan ayam yang dikukus ni. Sedap plus agak menyihatkan sebab kita tak guna minyak. Minyak yang ada bila dah masak pun adalah minyak dari ayam itu sendiri. Nak buat pun mudah, perap then kukus.
Bahan-bahan:-
1) 4-5 ketul ayam saiz sederhana
2) 1 inch halia
3) 2 ulas bawang putih
4) 1 sudu besar sos tiram
5) Garam secukup rasa
Cara-cara:
1) Potong bawang putih dan halia. Gaul ayam, sos tiram, sedikit garam, halia dan bawang putih.
2) Perap untuk sekurang-kurangnya setengah jam.
3) Kukus ayam selama 40 minit atau sehingga masak. Bolehlah dihidang bersama-sama nasi putih or nasi ayam.
Ayam hainan stim ada orang buat letak sedikit minyak bijan, tapi saya tak letak pun. Sekian sahaja untuk kali ini dan selamat mencuba. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment